Program
pembangunan sukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
Kelantan Projek Kijang Emas 2007-2011
merupakan suatu projek
melahirkan atlet-atlet sukan pada
peringkat tertinggi. Projek ini adalah cetusan idea
daripada Yang Berusaha Pengarah Pelajaran Kelantan iaitu
Tn. Hj. Ismail bin Md Noor. Projek ini bermula pada
awal tahun 2007 sehinggalah 2011. Pelancaran secara
rasminya telah diadakan
pada 20 Jun 2007 di SMK Putera, Kota Bharu yang disempurnakan
oleh Yang Berhormat Datu' Noh bin Omar, Timbalan Menteri
Pelajaran Malaysia. Hasil daripada projek ini Kelantan
telah menempa kejayaan di Kejohanan Olahraga MSSM Kebangsaan
yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil 2007 dengan
memperolehi 7 pingat emas dan salah seorang daripada
atlet MSSMK berjaya dinobatkan sebagai olahragawati
dan sekaligus telah memecah rekod Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
ASEAN 2007 dalam acara 3000m jalan kaki. Projek ini
medapat kerjasama yang begitu mantap daripada Sekolah
Sukan Bukit Jalil dan Jabatan Pendidikan Jasmani dan
Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kini, Unit Sukan
Jabatan Pelajaran Kelantan sedang giat mengadakan kursus
kepada setiausaha sukan, sekolah-sekolah menengah di
negeri Kelantan yang diadakan di Langkawi bermula bulan
Jun hingga Julai.
|